Search This Blog

Wednesday, December 04, 2013

Jam Dah Jahanam....

Selalunya me ni kalau nak solat memang akan bukak jam tangan me tu dan tinggalkan kat meja opis tu je...tapi entah kenapa petang semalam masa nak solat Asar me lupa nak buka tau-tau dah terpakai jam tangan me ni sampai ke surau...
Elok lepas solat, cepat-cepatlah me nak pakai balik sebab me takut terlupa atau tertinggal dalam beg telekung tu nanti dah tak memasal me mengelabah cipan pulak nak mencari nanti-nanti kang...Su dan jam ibarat isi dengan kuku takde jam rasa macam togel je tangan......
Elok nak pakai tu ntah macamana bekkkk!!! terjatuh atas carpet surau (sound effect tak reti nak eja macamana, jadik belasah je....)...
Masa nak amik me tengok aitttt apasal pulak jam tu macam bergumpal kecik je??sesuatu sangatt....
Then me amik tengok dah berpisah dua rupanya..patutlah bergumpal kecik je tadi tu.......huhuhuhu....
Jam kesayangan ni tau...
Pergi takkan kembali bila umur nak masuk 7 tahun....huhuhuhu....sedih oooo.....banyak berjasa ni.....
Me beli kat Swatch KLCC pada 23 Januari 2007 (harus ingat okeh, sebab beli ni atas sebab dah dapat kerja permanent dan sebab birthday diri sendiri tahun tu......)...
Sempatlah tukar bateri 2 kali...sempatlah belasah masuk kolam dan pantai dan pulau merata Malaysia dah ni....(jam ni memang water resistant, masuk air klorin air masin semua memang takde jadi apa-apa).....tapi nak buat camne...dah ajal.......



Walaupun jam masih lagi bergerak tiktoktiktok tapi memang dah tak boleh guna....
Kalau nak guna pun jadi jam poket jelah....nak sarung kat tangan memang tak boleh langsung dah....



Sebabnya dia patah tang kepala jam tu ha....
Patah ketiga-tiga kepala pulak tu....memang lagilah langsung tak dapat diselamatkan....



Kalau tengok gambar boleh nampak kan yang talinya sihat walafiat takde effect apa-apa kan...?
Tapi tulah, memang tak boleh buat apapun....memang dah KO dah kepala jamnya...(jam plastik kan, ginilah nasibnya...).
Nasib baiklah jam ni jatuh kat surau tau...so dapatlah cukup set, kalau jatuh masa jalan-jalan kat tempat lain memang meraunglah nak cari sebab tercabut tah kat mana-mana....
Eh, jatuh kat surau tu bukanlah kuat pun tau...jatuh manja-manja je (atas carpet lagi, manalah kuat pun), cuma penyebab jelah kot nak tunjuk dah jahanam ni....sebenarnya kat tepi kepala jam tu memang dah merekah-merekah dah sejak setahun dua ni...so memang me tunggu time je dia nak jahanam bebetul...cuma tak sangka pulak jahanamnya cepat...(7 tahun tu kira cepatlah kot..hihhihihi..sebab jam yang sebelum ni pakai nak dekat 10 tahun...)....




Sebab Su dan jam tangan ibarat isi dengan kuku makanya pagi ni dia terpakasa meminjam kejab jam Anim..cuti sekolah kan...bukannya Anim nak pakai pergi mana pun......pastu kalau nak pinjam jam Emak tak muatlah pulak...hehehehe...so belasah jelah Anim punya.......



Ni awal bulan satu ni memang me kena cari jugaklah jam tangan nampaknya....tak pasal-pasal terkorbanlah sikit duit bonus (padahal dah plan nak beli drawer cun untuk bilik..huhuhuhu)....
Ni pun dah start pening-pening ni...nanti nak cari jam tangan macamanalah pulak ye....(tulah sebab suka beli barang boleh pakai lama sebab taknak pening nak fikir design, jenis dan apa-apa.....).....
Ni dah jahanam ni memang nak tak nak kena beli dan nak kena pening nak mencari jugaklah nampaknya.....




2 comments:

  1. ada banyak YES ni skrg. boleh survey dah dapatkan yg terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, baru teringat ada YES sekarang ni kan...?hehehehe...nak try surveylah...thanks aliaa...!

      Delete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...