Search This Blog

Showing posts with label Kicap Pedas (untuk Sos atau Sup). Show all posts
Showing posts with label Kicap Pedas (untuk Sos atau Sup). Show all posts

Wednesday, December 02, 2020

Random Pic No. 16...

Assalamualaikum..hi semua...



Minggu rajin Makcik memasak...
Asyik beli je so dah bosan automatik jadi rajin masak gitchew...
Haritu (hari tak ingat, pastu tak rajin nak check date)...Makcik is masak Sambal Sotong...
Ikan takde so kita tambah je Telur Dadar settle...







Pagi-pagi esoknya...
Me masak Nasi Lemak...
Sambal Sotong ada lagi, so tinggal nak masak Nasi n Rebus Telur n Goreng Ikan Bilis jek...
Alhamdulillah sedap hehe...








Esoknya pulak Me nak habiskan daging tetel n daging-daging yang berurat kat dalam peti ais....
Sebab nak buat sup, so Me rebus daging (guna rice cooker senang Uolls..tak payah risau bab hangit or cepat air kering)...
Me rebus 3 jam okeh (dari nak pukul 10 sampai pukul 1 lebih)..punyalah nak bagi daging tu lembut...gigih bukan?hehe







Me buat jugak Cili Kicap...
Resepinya senang jek...
Bawang putih (amik yang kecik je Uolls)...Cili Padi dalam 11 biji (kalau nak pedas guna cili padi color merah panjang2 sikit tu ye..tu letak sikit jek habislah korang..memang pedas dia naik ke hidunf)...
Nak buatnya senang...tumbuk bawang putih n cili, letak nak sesudu besar gula (ada bawang goreng letak setengah sudu besar..takde takpe)..
Pastu tumbuk sampai halus...
Nak makan letakla kicap masin...
Kalau takde kicap masin korang skip letak gula dalam cili masa tumbuk tu ye...
Tapi letak kicap manis rasanya tak sekick letak kicap masin Uolls..
Tapi tak kisahlah..kita yang buat dia kan..gunalah apa-apa yang ada..janji jangan merapu sangat tukar bahan-bahannya dahlah kikiki....







Ni esoknya..
Kuah sup tu memang Me buat banyak..so esoknya tu Me just celur Mihun jek...
So makanlah kitaorang Mihun Sup kosong..tapi alhamdulillah sodap jek hahaha...
Lupa..daging liat n tetel tu semua lembut jek Uolls..tak sia-sia kumpul kan hehe....







Ok ni tak masak..
Haritu sebelum lunch hour kitaorg kuar rumah bertiga pusing-pusing cari makan...
Ni OT tapaukan lagi Asam Pedas Ikan Pari dari Salai De Hilir...
Lupa pulak, rumah kitaorg ni dekat dengan border Paya Jaras ye...tak sampai 30 minit dah sampai...








Kebwtulan sebelum keluar rumah tu Me dah masak pun nasik...patutnya boleh je balik nanti tu goreng Telur Dadar kan..punyalah OT taknak tunggu..siap beli Telur Dadar okeh..adoilaaa...lapar melampau ke apa tu??







Kalau dah dapat keluar rumah haruslah tapau macam-macam...







Sushi pun Me beli..
Ni pun sebab elok jek gerai sushi ni kat sebelah Salai De Hilir...so kita belikkk...







Botol susu Adik..
Sayang oo nak pakai..
Punyalah simpan lamaaa sayang punya pasal..tapi sebab fikir takkanlah nak simpan je kot?so kita guna jugak...
Jenuh Me cari yang corak dragon ni ye..last- last dapat..tu yang sayang tu kikiki...
Buat masa ni dah tukar botol susu yang ke-5..
Betullah kan, berapa bulan sekali kena tukar...?







Ni nak habiskan segala yang frozen...
Ada sejemput kentang, sejemput potato wedges..sejemput ayam..sejemput sosej..so kita goreng bagi habis...
Chessy Mayo (nama kat bungkusan) ni Me beli kat kedai Ramlee...
Kureng sikitla rasa dia..tawar pastu masam-masam macam letak sos tomato...
Jenuhlah nanti nak habiskan deeping sos tu nanti oiii...




Bersambung..
Lenguh dah jari naip hehe...




















Tuesday, October 28, 2014

Kicap Pedas (untuk cicah atau Sup)

Harini me nak share cara-cara nak buat Kicap Pedas...
Ni satu resepi je tau tapi boleh dimakan secara versi untuk makan dengan Ikan Bakar (macam kicap cicah Ikan Bakar kat Melaka tu), satu lagi kicap versi makan dengan apa-apa Sup...kiranya resepi ni boleh dimakan untuk kedua-dua jenis makanan lah...
Kicap ni me belajar buat dari Emak me ye...dari kecik ni memang dah biasa makan kicap camni......
Tapi selalunya kalau emak atau me buat kicap pedas ni kat rumah, kitaorang kebiasaannya makan dengan Sup je, tak reti nak makan dengan Ikan Bakar......
Sampailah bila dah makan Ikan Bakar cicah kicap kat Melaka t.... bila makan kicap kat sana me rasa macam seakan-akan sama je dengan Kicap untuk sup yang emak selalu buat untuk sup tu.....
So lepas-lepas tu kicap pedas ni me belasah je untuk makan dengan Ikan Bakar sekali...
Cuma beza kalau untuk Ikan Bakar kita tambah limau kasturi potong sikit...

Kicap Pedas
10 biji Cili Padi
1/2 biji Bawang Putih (sikit je tau..kang banyak mulut bau rauraubaudia..haha)
1/2 sudu besar Gula
1/2 sudu besar Bawang Goreng (optional-kalau takde takpe)
Kicap Masin (kalau guna kicap manis, gula tu kurangkan jadi sesudu kecik je dah)
**Limau Kasturi (Optinal jugak)

Caranya:
Tumbuk Cili Padi, Bawang Putih, Gula dan Bawang Goreng sampai lumat.
Dah lumat keluarkan bahan-bahan letak dalam mangkuk, then masukkan kicap secukupnya...
**Untuk Ikan Bakar, lepas dah letak kicap, potong empat limau masukkan dalam kicap (nak makan baru picit or perah..tak suka tak payah letak limau pun takpe, tetap sedap...)



Tumbuk bawang kecil, cili padi, bawang goreng dengan gula kasi lumattttt....



Ni nak makan dengan Ikan Bakar, so letak limau kasturi potong empat siap-siap....
Patutnya tumbuk lagi lumat..tapi I is malas, so tumbuk ala kadar hancur je dah...kihkihkih....



Sebab tumbuk tak lumat, jadi rupanya out sikit...kalau lagi lumat lagi sedap okeh...so jangan memalas macam me ni....rugiiiii....



Tu diaa...
Dah siap tu kita makan dengan Ikan Talapia Bakar dalam pemanggang ajaib...memang sekor ikan tu boleh habis sekelip mata ye....
Tips nak Ikan Bakar sedap ialah dengan bakar alas dengan daun pisang....sedap tak cukup jadinya ye...
Ikan Talapia tu me gaul dengan garam dengan serbuk kunyit je, tak rajin nak marinate beria-ria pun...tapi percayalah sebab dah balut dengan daun pisang, terus sedap meletup-letup...lagi pulak ikan tu fresh giler, isi pun manis sangat-sangat lagi...

~Selamat mencuba~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...