Search This Blog

Showing posts with label Melaka 2010. Show all posts
Showing posts with label Melaka 2010. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Minum Petangkah?

Dok edit-edit tag kat blogger.com ni sekali terjumpa pulak gambar lama yang me sendiri tak tau kenapa me tak publishkan...
Gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar masa kitaorang lunch hari ke-2 masa ke Melaka 2010 dulu....juga sambungan kepada entri yang ini..
Me tak ingat kenapalah me tak buat sambungan untuk entri makan-makan hari ke-dua ni ye, tapi lantaklah, dah terjumpa ni jadi jom me citer (ikut apa yang me ingat....)....



Second day di Melaka, lepas dah habis berbasah-basahan eiii ayatttt apakah itu....??? dengan peluh dan bermaki-makian dalam hati (sebab dapat tiket saman dari Majlis Perbandaran) terus kitaroang ke Umbai lagi...
Nak cari Ikan Bakar..nak cari Ikan Bakar....nak cari ikan bakarrrrr........
Kitorang sampai sana nak pukul 4 suku......so nak kata lunch of courselah dah terlambat (terskip pulak tu lapar okeh...memang nak makan budok je...), nak kata dinner pun lambat lagi...kalau nak kata minum petang???memang jauh sekalilah kan....?
Tengok makanan yang diorder pun tak sanggup nak mengaku minum petang okeh...huwahahahaha....
Kali ni kitaorang tak makan kat Parameswara yang glamer tu lagi....
Sebabnya masa sampai kat parking, dan atas suggestion Mijon yang baik hati katanya.."eh....baik kita makan kat kedai dia ni je..kita dah parking kat depan kedai dia, tak baik kalau kita makan kat tempat lain....."....
Ooo..ok....takde hal punya....janji makan kan...?asyik pergi kedai yang sama je mana nak tau kedai lain tu sedap ke tak kan....?
So terus je masuk kedai yang betul-betul cun kitaorang parking tu (sebenarnya tak ingat nama kedai so belasah je cakap gini...hehehheehe)....




Duduk je belum sempat order yang lain kitaorang dah failed bila tengok Otak-otak ni...kikikih....
Memang minum petang terus okeh....terus habis 2 bakul sekali ngappp!!....
Sedap weihh..dahlah gumuk-gumuk.....
Otak-otak pun bukan semua tempat sedap kan, tapi kat sini memang sedap tak tipuuuu.......(iklan jab...tapi kat pasar tani rumah me sedap okeh, tempat lain selalunya tak berapa best).....



Nilah kedainya....
Ni kat foodcourt sederet, memang berhadapan atau berdekatan dengan Parameswara yang besar tu.....
Konsepnya sama jugak...pergi kat tempat display tu pilih dan timbang apa yang korang nak...nanti diaorang akan masakkan ikut kehendak korang.....
(Petua: sambil timbang boleh tanya harga berapa siap-siap, supaya tak lari budget makan korang haritu..hehehhee)...




Saya dan Zai ketika itu....masa ni muda lagi 2-3 tahun..auwwww...!



Minuman diet...Air limau takde gula....atau nama komersialnya Limau O Ais....



Air kelapa pun ada juga.....tapi me tak minum ni..ni kawan-kawan yang minum...



Diaorang amik sorang satu okeh....
Tengok Sept tu...betul-betul dia amik feel minum air kelapa muda dikala panas berdenting tu...kikikih...



Dah tak payah nak cakap banyak...jom tengok apa yang kitaorang order haritu....
Kangkung Goreng Ikan Masin....
Bolehlah....takdelah sedap meletup benar....(ha..ingat lagi ko...padahal dah makan tahun tau citer ni...kikikih).....



Sotong Masak Sambal....sedap.....tapi sambalnya kedekuit sangat...tak cukup sambal okeh....



Kicap colek terbaik....
Kat Melaka ni memang kicap coleknya (baru pergi kedai ikan bakar kali ke-2) tapi memang semuanya terbaik....pedas likatttt....fuhh!!



Kerang bakar....
Gumut-gumut ni tau....puas makan reramai....



Ni tak ingat Asam Pedas Ikan apa....
Asam Pedasnya kureng okeh....kureng sesuatu...
Me dah makan 2 kedai, 2-2 kedai pun kureng sesuatu..tak kick langsung.....aisey...kata Melaka Asam Pedas dia terbaik.....?tifuu sunggguhh....!(hah, orang Melaka sekalian silalah buktikan...kahkahkah!)....



Ikan Bakar Pari....sebelah letak sambal sebelah kosong....
Haaaa...ini yang terbaik dari ladang.....huhuhuhu!
Menyesal okeh...amik pulak yang kecik jadi makan pun ala-ala tak cukup je....
Yang sambal tu memang yang terbaik me pernah makan seumur hidup okeh...
Sambalnya pekat dan sedap melampau...tak macam selalu makan tu cair pastu rasa macam kuah Asam Pedas..tapi kali ni tak ye memang lain, sedap bebeno...memang teringat-ingat sampai sekarang tau (tak caya tanya kengkawan lain tu....hehehehe)....

Then, makan...makan..makan..sebelum pukul 7 dah sampai hotel.....Alhamdullilah....
Eh, lupa pulak, kitaorang makan kali ni kena RM80 plus-plus nak dekat RM90 tau... (tak termasuk Otak-otak okeh)......ingat sangat-sangat harganya sebab semalam tu masa makan berlambak-lambak kat Parameswara tu terkejut sebab murah ya amat (haruslah ingat kan...)... pastu terkejut lagi bila makan kat sini ciput je tapi macam mahal ya amat pulak....hahahaha...jadi memang menjadi kenangan seumur hidup okeh....

Okeylah, nak baca entri terkepam pasal pergi Melaka tahun 2010 ni sila klik kat entri INI......sekian....



Friday, October 08, 2010

Hotel Emperor Melaka

Entri lapuk..huhuhu...
Me terjumpa dalam draft..so, buat saja lah kan..alang-alang gambar dah siap tertempek kat sini...

Ni citer pergi Melaka lagi...pasal hotel yang kitaorang duduk..
Entri lepas ada me citer dan tunjuk sikit..tapi entri kali ni kiranya me nak cerita lebih sikit la..
Kitaorang kan duduk 3 hari 2 malam time cuti Wesak day (28-30hb Mei 2010) haritu...
Duduk kat Hotel Emperor yang terletak kat Jalan Mushi Abdullah, betul-betul kat Bandar Melaka.
Kiranya keliling kawasan ni semua hotel-hotel juga..
Kiranya jugak hotel ni dekat dengan tempat bersejarah kat Melaka, dekat je..nak jalan kaki pun buleh takde masalah, tapi kalau balik Hotel tu korang demam kura-kura seluruh otot dan kulit tanned secara maximum me tak jamin apa-apa yea..hehehehhe
Yang ni cari dan book hotel last minit..2-3 minggu sebelum pergi..
Sebaiklah ada lagi bilik kosong, sebaik jugak ada pulak harga promotion...memang rezeki terletak boleh dikatakan, padahal time peak hour camni manalah dapat hotel murah-murah, boleh dikatakan semuanya naik harga 30-60% jadinya...
Kalau nak diikutkan sebelum hotel Emperor ni, kitaorang dah try tepon hotel lain, tapi laju je orang tu cakap dah fully booked...adoiii, memang rasa nak nangis je time tu, dah penat-penat plan penat-penat carik information kat internet, sekali dah penuh, sebaiklah second choice ada lagi yang kosong, lega...
Sebaik tak rugi apa-apa pun walaupun carik last minit..huhuhhuhu

Harga duduk kat hotel RM 113 perbilik (kalau tak silap la..lupa sudah, tapi memang tak lari banyak la..memang lebih kurang tu..), patutnya RM180 plus-plus ni tau..okeyla untuk hotel 3 Bintang kan..
Kitaorang amik 2 bilik, 1 bilik 2 orang boleh duduk, 2 darab 3 hari 2 malam....So, bila pusing-pusing balik RM113 jugak la kitaorang kena bayar satu kepala..murah jugak lah kan?hehehhehe...
Hotel sediakan breakfast untuk 2 orang perbilik, ada channel Astro yang agak complete (ada 1 movie channel, 1 documentary channel, 1 cartoon channel, 1 music channel dan channel2 wajib...macam dok rumah dah rasanya.) dan yang penting mula-mula carik kat tenet tu mesti wajib ada pool (kata susah nak jumpa pool kan, jadi kena carik sampai dapat, tak kiraa.....) dan yang lain tu facilities sebijik macam hotel-hotel lain jugak..tak kurang tak lebih...


Yang ni kat lobi hotel..lobi dia besar jugakla..lapang je..iyalah, ikut information Hotel Emperor ni hotel yang paling tinggi kat Melaka, tak silap ada 18 ke 22 tingkat ke (kalau tak silap la, sebab pernah terbaca dulu..malasnye nak bukak google..)..


Kat tiang seri hotel...cantik kan..nampak cozy je, antik dah tentu...
Lupa, hotel ni sebenarnya hotel lama ya u all..dia punya perabot-perabot segala tu semuanya barang lama..Nak kata buruk pun tak, cuma antikkk sangat-sangat..tapi antik yang terjaga lah, bukan antik yang terburai-burai tu ye...hehehheh


Ni bergambar sebelum balik...tangga nak kebawah tu dia punya cafe, breakfast kat bawah tu lah..tangga ke atas tak tau untuk apa...tak sempat pulak kitaorang nak check...


Ni time nak tunggu kete, dahlah hujan lebat, barang dalam gambar ni 3/4 je tu (tak muat nak snap penuh-penuh, kes malas nak bergerak), kete pulak dahlah Makcik Viv aje, kocik jo, dengan orang lagi dengan nak sumbat barang-barang lagi cuba u all bayangkan, hebat ke tak hebat kitaorang??...hehehhehe...


Ni pulak waiting area depan lift dan depan restroom...



Yang ni pulak frontdesk kaunter, memang antik kan?staff adalah efisyen, kitaorang sampai sebelum pukul 2, tapi dah boleh check-in dah...servis lain-lain juga adalah cepat..Ada satu tim tu dah jadi kes terlock pintu bilik sendiri, call frontdesk terus diaorang hantar staff secepat kilat...suka..suka...


Lain kali lah kan, kalau me nak gi Melaka, bolehla tinggal sini lagi..sesuai kalau ramai-ramai ni (macam le family besar benar..huhuhu), tempat selesa (untuk orang yang berpendapatan macam me ni lah...), lapang pun lapang..nak gi town pun kuar sikit je ke depan dah sampai (dalam 5-10 minit je kalau tak jem, tapi tau jelah kan, Melaka town dah tentu confirm-confirm jam jadi bila campur tolak walaupun dekat adalah jugak nak dekat 30 minit tak campur nak carik parking pulak...amik ko, ingat Ampang je jem...??)...
Kesimpulannya, nak tau best tak best Hotel Emperor ni apa kata korang cuba try test duduk...hehehheh..


Nota:  Amacam?agak-agak entry kali ni persuasive tak?agak-agak ada tak korang teringin nak gi sini..?Hhihihii


Sunday, July 04, 2010

Jalan-Jalan Melaka..

Tajuk tak hingat, tapi gambar satu je ada..bolehhh???


Gambar syok sendiri dulu, nanti-nanti baru gambar kengkawan..
Takleh buat apa-apa, nii jelah pun gambar yang boleh diupload..hampehhhh!!
Esok kena try upload lagi..tah ape kena tah dengan berukband giler nih, sakit betul jiwa...
Padahal selama ni ok je..ke ko nak kena tukar ni??kang tak pasal-pasal me pulangkan kat tuan dia balik nih..
Ni upload gambar ni saja nak try...satu jelah yang lepas..gambar-gambar yang single lain, tak lepas ok..ni pun, 1 minggu lepas punya keje, bukan arini, semalam-semalam tak pun kelmarin-kelmarin punya upload..giler ahhh...
Dah sudah...esok-esok tak boleh lagi..memang nak kena berukband ni, tak pasal-pasal kena smackdown ni kangggg......




Friday, July 02, 2010

Makan-Makan Di Melaka

Citer dah lama pun sebenarnya, tapi wajib citer jugak.
Ni citer kitaorang bercoti-coti ke Melaka..
Kitaorang tu terdiri daripada Me, Mijon, Sept n Zai..
Rombongan Teacher Mijon ke Melaka tajuknya..hahahahahar..
Pergi Melaka dari 28 Mei sampailah 30 Mei hari tu, time cuti Wesak Day.
Last minit punya plan, last minit nak cari Hotel.
Alhamdullilah..syukur..syukur..last minit jugak la dapat duduk kat hotel yang ada diskaun (kena sebut ni..sebab betul-betul rejeki..hehehhehe)
Kitaorang duduk selama 3 hari dua malam kat Hotel Emperor, Jalan Mushi Abdullah (siap bagi nama jalan lagi ko...)


Nilah biliknya..disebabkan nak fair, kitaorang amik 2 bilik yang berjiran (ajoining room da...)...So, sume orang selesa, bayar pun sama rata..ni bilik me n Zai, katil adalah King..



Nampak tak pintu?mestilah nampak kan..hehhehheh...apa punya soalan la...



Ni pulak bilik Sept n Mijon...diaorang punya single double..okla kan..bilik pun agak luas, yang bagusnya siap ada Astro lagi tau.  Dia bagi channel complete, Disney, CNN, HBO, HSPN, Animal Planet..Kan..cukup semua.  Pastu nak feeling-feeling lebih-lebih boleh mandi dalam bathtub.  Hotel ni hotel antik sikit, pesen lama, tapi okla, kemudahan sume cukup, memang puas hati giler.



Kat atas ni gambar semua diamik time baru check in hotel. Memang timing tepat je sampai hotel terus boleh check-in, bagus..bagus...Masuk bilik hempuk barang-barang semua, memasing terus terjun tiruk atas katil..hahahahahar..

Pandai pulak tu..memasing bila nak pukul 4 pandai pulak semua pakat bangun tido berjemaah.  Time nak makan pandai semua budget time kan...Misi bila sampai Melaka adalah nak makan ikan bakar kat Umbai..

Sebelum terus gi Umbai, kitaorang decide nak pusing-pusing dulu kat Bandar Melaka amik feel. Sebab esoknya tak payah susah-susah nak cari jalan dah. 

Tapi memang dugaan betul la bila drive kat Bandar Melaka ni, sume jalan kuar tak dapat kuar, balik-balik masuk Bandar Melaka la jugak..tak bagi kitaorang kuar dari sini ke hape???Last atas ikhsan dan budi bicara Mai (my ex-opismate), dapat jugakla kitaorang kuar dari situ, sebaik time tepon dia tu, dia tengah free..Fuh....tqvm Mai yek..

Boleh tak, nak dijadikan citer, petang tu je kitaorang dok tawap Bandar Melaka sampai naik muak jadinya (me 1st time jejak Melaka ok..sila gelak..).  Tawap Dataran Pahlawan tu je lebih 5 kali..sebaik tak 7 kali, kalo tak naik dam haji la kitaorang...Me siap declare.."last la gi Melaka ni"..hahahaha..over!




Akhirnya...sampai jugak kitaorang kat Umbai ni...kitaorang amik simpang paling pertama sekali bila nampak je tulisan "IKAN BAKAR"..tak tunggu lama dah..pedulik la tempat makan tu glamor ke tak glamor, janji dapat makan kat Umbai (buruk bebeno bunyinya). Dan tempat yang  kitaorang nak makan ni sebelah dengan Jeti nak ke Pulau Besar (ke semua tempat kat Umbai ni ada jeti nak ke pulau besar?)



Kedai dan menu adalah seperti di atas..masa oder takut oo..takut mahal..mana taknya time oder main tunjuk-tunjuk je, dahla tu oder macam 6-7 orang punya makan..Tapi percayakah anda bahawasanya segala menu di atas plus Ikan Hapetah Masak Asam Pedas yang tak sempat ditangkap hanya berharga RM138.** (sen tak ingat la..)...gila kan..kalo tempat lain ni harus harga RM2-3 ratus kan..hhuhuhuhu..kami adalah sangat gembira..banyak ok, memang makan untuk 6-7 orang ni, mana taknya, dah pulun cukup-cukup pun still ada balance boleh tapau tu..maknanya memang kitaorang oder super over (jangan tak tau, kalo dah namanya "kitaorang", jarang terlampau-lampau kalau makan tak habis)...


Lepas makan senang hati..
Memang pun..tapi tak senang hati pun..cam hampagas..bila balik sekali lagi bila dah sampai Bandar Melaka, kitaorang tak dapat cari jalan pulang ke sarang..apakah???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...